Cerpen – jiran / Nur Jannah Azman

Azman, Nur Jannah (2024) Cerpen – jiran / Nur Jannah Azman. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.

Abstract

“Good morning, Mimi.”, sapa Emeline pada aku. Tegurannya itu ku sambut dengan senyuman dan pertanyaan juga. “Sudah sarapan atau belum, Emeline? Masak apa hari ini?” tanyaku. “Belum lagi, planning mau masak nasi lemak,” jawabnya sambil tersenyum. Keluar sahaja dari rumah untuk rutin mingguan iaitu berjoging, akan kelihatan Ah Siew dan Emeline Yau yang tinggal selang serumah denganku sibuk melayan cucunya Evelia. Emeline sememangnya nenek yang ceria, cergas dan ramah tamah dengan jiran tetangga yang kebiasaannya sudah ada di halaman rumah seawal 7 pagi. Emeline yang sentiasa tersenyum itu akan menyapa sesiapa sahaja yang melewati depan rumahnya tidak kira usia, bangsa dan jantina, terutamanya yang rajin bersenam pada waktu pagi. Maka tidak hairan sekiranya jiran tetangga sangat mesra dengannya. Laluan di hadapan rumah bersebelahan dengan pusat rekreasi gunung Tampin menjadikan lokasi kami sangat digemari oleh penggiat sukan lasak yang terdiri daripada warga sekitar Tampin dan luar yang gemar beriadah tidak kira umur.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azman, Nur Jannah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: APB Rembau e-Bulletin
ISSN: 2682-776X
Keywords: Cerpen, jiran, ceria, cergas, ramah tamah
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95746
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95746.pdf] Text
95746.pdf

Download (722kB)

ID Number

95746

Indexing

Statistic

Statistic details