Abstract
Dengan visi melahirkan Leading Legal Professional for the Global Community and Industry, kepimpinan kanan Fakulti Undang-Undang (UiTMLaw) diterajui oleh Dekan, proaktif dalam mewujudkan perkongsian tanggungjawab strategik bersama para alumni, pihak industri dan ahli komuniti. Ini adalah bagi memenuhi tuntutan globalisasi yang semakin dinamik dan kompleks yang menjadi pemangkin transformasi dalam industri perundangan. Selaras dengan agenda ke arah pencapaian Globally Renowned University 2025, barisan kepimpinan UiTMLaw mengadaptasi pendekatan kepimpinan transformasional dan inspirasional (transformational and inspirational leadership) dalam menggerakkan tumpuan-tumpuan utama perancangan strategik fakulti. Berpaksikan Pelan Strategik UiTM2021, anjakan paradigma yang dibawa dalam kepimpinan transformasional ini adalah ke arah pembinaan matlamat yang dikongsi bersama (shared vision) di antara warga fakulti, memperkasakan hubungan usahasama dengan para alumni, pihak industri dan ahli komuniti serta menggalakkan sinergi di antara pemegang taruh berkepentingan dalam mendokong aspirasi UiTMLaw.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Fakulti Undang-Undang UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Alumni and alumni associations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Law |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95730 |