Abstract
Kepimpinan yang cekap, berintegriti, dan berpandangan jauh merupakan komponen utama dalam menentukan kecemerlangan pengurusan sesebuah organisasi. Pemimpin yang mempunyai pemikiran yang inovatif dapat memimpin sesebuah organisasi untuk lebih cemerlang melalui program akademik, kerja penyelidikan, jaringan industri, keusahawanan dan khidmat masyarakat berdasarkan nilai dan etika profesional. Kepimpinan dalam suatu jaringan interaktif diantara pemimpin dan warga fakulti akan menaikkan semangat kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah disediakan. FSR di bawah kepimpinan Dekan, Profesor Dr. Mohad Anizu bin Mohd Nor dan dibantu oleh tiga Timbalan Dekan yang terdiri daripada Timbalan Dekan HEA, Timbalan Dekan HEP dan Timbalan Dekan ICAN memainkan peranan sebagai wakil kepimpinan kanan FSR. Dengan kekuatan 50 warga kerja akademik dan 28 warga kerja pentadbiran telah meletakkan kesepaduan dan kesepakatan yang tinggi dalam melaksanakan bidang tumpuan Jaringan Industri dan Keusahawanan.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Sport Science and Recreation |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95707 |