AKNC 2022 Fakulti Perubatan: penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan

UiTM, Fakulti Perubatan (2022) AKNC 2022 Fakulti Perubatan: penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan. Universiti Teknologi Mara (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Kepimpinan Fakulti Perubatan diterajui oleh Dekan dan dibantu lima (5) orang Timbalan-timbalan Dekan yang menjaga porfolio Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Pasca Siswazah dan Latihan Ikhtisas, Penyelidikan dan Inovasi serta Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni. Pengurusan fakulti telah merancang hala tuju berkenaan penyelidikan berpandukan perancangan strategik penyelidikan universiti. Perancangan akan diadakan semasa Mesyuarat Pengurusan Fakulti agar keputusan yang dibuat mendapat pandangan dari semua pengurusan fakulti. Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) telah diberi tanggung jawab untuk melaksanakan setiap perancangan yang telah dipersetujui oleh pengurusan fakulti.Hala tuju penyelidikan dan penulisan Fakulti Perubatan adalah berpandukan kepada inti pati keperluan dan halatuju universiti melalui Amanat Naib Canselor, Amanat Tahunan Rektor serta pekeliling-pekeliling universiti. Perancangan Penyelidikan dan Penerbitan dirangka selaras dengan Visi, Misi, Objektif dan Nilai Universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95653.pdf]
Text
95653.pdf
Download (456kB)
Indexing & Metrics