Abstract
Sepanjang tahun 2019 sehingga 2021, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah melaksanakan banyak program dan aktiviti pelajar dibawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dalam usaha meningkatkan pengurusan dan pembangunan pelajar. Program-program yang dianjurkan adalah bertujuan membentuk dan menerapkan aspek-aspek penting untuk membantu perkembangan diri para pelajar secara holistik. Aspek tersebut merangkumi kepimpinan, keusahawanan, tanggungjawab sosial, jaringan antarabangsa, kemahiran insaniah, kebolehpasaran dan inovasi. Semua sedia maklum, pada tahun 2020 dunia digemparkan dengan pandemik Covid-19 yang menjejaskan pelbagai sektor-sektor penting dalam negara. Turut terkesan adalah sektor pendidikan, dan keberadaan pelajar ke kampus terhad mengikut kepada pekeliling yang dikeluarkan UiTM. Kementerian Pelajaran Tinggi menetapkan proses membelajaran berasaskan “Open Distance Learning” (ODL) bagi mengekang penularan Covid-19 dan menjamin keselamatan para pelajar. Namun begitu BHEP terus memberikan komitmen yang tinggi dan fokus menganjurkan program-program yang bersesuaian. Hasilnya, terdapat banyak program yang berjaya dilaksanakan oleh pihak fakulti. Keberkesanan terhadap perancangan yang telah ditetapkan ini adalah di atas faktor penglibatan dari semua pihak dalam fakulti dan kepimpinan yang cemerlang di setiap peringkat iaitu kepimpinan fakulti dan kepimpinan pelajar. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan tampuk kepimpinan yang berkesan.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Plantation and Agrotechnology |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95649 |