Abstract
Pertengahan tahun 2000-an, dunia mula melalui satu fenomena perubahan dalam konteks komunikasi dengan tercetusnya media sosial yang memudahkan komunikasi antara individu tanpa mengira tempat dan masa. Jika di lihat dari sudut pandang positif, media sosial merupakan satu platform bagi memudahkan dan mempercepatkan penyebaran maklumat. Selain itu, penggunaan media sosial juga dapat menjadi sumber maklumat dan platform perkongsian bagi individu yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan sama ada fizikal mahupun mental. Komuniti atas talian dan forum diskusi yang terdapat dalam media sosial dapat membantu individu berkongsi pengalaman dan mencari jalan alternatif terhadap sesuatu isu. Populariti media sosial semakin mencanak susulan pandemik yang melanda dunia. Dalam konteks ini, kita melihat kewujudan media sosial sebagai platform alternative kepada masyarakat mendapatkan akses kepada maklumat terutama dalam dunia yang kesempitan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ngah, Nor Syamaliah UNSPECIFIED Mohd Hussain, Azlina UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | Media sosial, platform alternative, fizikal, mental |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95613 |