Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari

Othman, Nor Azlan and Bakhari, Nor Aziyah (2021) Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang / Nor Azlan Othman and Nor Aziyah Bakhari. UiTM News Hub.
Abstract

18 Ogos 2021 Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah termeterai. Bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), majlis tandatangan MoU ini dilangsungkan secara atas talian. Walaubagaimanapun, kehadiran delegasi daripada kedua-dua pihak, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN PP) secara atas talian amat memberangsangkan. UiTM diwakili oleh YBhg Prof Ts Dr Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBhg Prof Madya ChM Dr Nor Aziyah Bakhari,Timbalan Rektor Bahagian Penyelidlkan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala JPN PP pula diwakili oleh YBrs Tuan Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah JPN PP sambil disaksikan oleh YBrs Tuan Abdul Said Hussain, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN PP. Dengan termeterainya MoU ini, ianya dilihat akan merancakkan lagi kerjasama dari segi perkongsian kepakaran dalam bidang pengajaran dan inovasi serta pelaksanaan aktiviti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keterlibatan kesemua pihak dari pensyarah, guru mahupun pelajar sekolah merupakan aspek penting yang dititik beratkan di setiap aktiviti yang bakal dijalankan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95608.pdf]
Text
95608.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics