Abstract
18 Ogos 2021 Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah termeterai. Bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), majlis tandatangan MoU ini dilangsungkan secara atas talian. Walaubagaimanapun, kehadiran delegasi daripada kedua-dua pihak, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN PP) secara atas talian amat memberangsangkan. UiTM diwakili oleh YBhg Prof Ts Dr Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang disaksikan oleh YBhg Prof Madya ChM Dr Nor Aziyah Bakhari,Timbalan Rektor Bahagian Penyelidlkan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTMCPP manakala JPN PP pula diwakili oleh YBrs Tuan Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah JPN PP sambil disaksikan oleh YBrs Tuan Abdul Said Hussain, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN PP. Dengan termeterainya MoU ini, ianya dilihat akan merancakkan lagi kerjasama dari segi perkongsian kepakaran dalam bidang pengajaran dan inovasi serta pelaksanaan aktiviti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keterlibatan kesemua pihak dari pensyarah, guru mahupun pelajar sekolah merupakan aspek penting yang dititik beratkan di setiap aktiviti yang bakal dijalankan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Nor Azlan UNSPECIFIED Bakhari, NorAziyah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
Keywords: | UiTM News Hub, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, Uitm |
Date: | August 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95608 |