Kualiti pengurusan kolej kediaman Universiti Teknologi MARA Kampus Kelantan: satu kajian triangulasi / Wan Fauzi Wan Mamat, Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan and Saripah Abdul Latif

Wan Mamat, Wan Fauzi and Tuan Hassan, Tuan Mohd Rosli and Abdul Latif, Saripah (2005) Kualiti pengurusan kolej kediaman Universiti Teknologi MARA Kampus Kelantan: satu kajian triangulasi / Wan Fauzi Wan Mamat, Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan and Saripah Abdul Latif. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi yang melibatkan tiga kategori responden iaitu pelajar, staf sokongan dan pihak pengurusan & profesional UiTMKK. la diadakan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti pengurusan di kolej kediaman UiTMKK, mengesahkan samada persepsi dari ketiga-tiga kategori responden terbabit terhadap kualiti pengurusan di kolej kediaman UiTMKK adalah berbeza. la juga bertujuan untuk mencari dan mencadangkan elemen-elemen penambahbaikan kualiti pengurusan di kolej kediaman UiTMKK. Kajian ini juga berbentuk "descriptive research". Data-data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua jenis sumber data utama iaitu data primer yang lebih dikenali sebagai data asas dan data sekunder dan saiz sampel adalah sebanyak 806 orang. Responden adalah terdiri dari mereka yang telah menetap di kolej sekurang-kurangnya selama satu semester. Kaedah persampelan rawak ringkas digunakan dalam pemilihan responden dalam populasi dari segi pentadbiran kolej dan perkhidmatan layanan kaunter, kajian mendapati ianya berada di tahap kurang memuaskan dan sederhana memuaskan. Dari segi kemudahan asas, kajian menunjukkan tahap kualiti kolej secara keseluruhannya adalah kurang selesa dan sederhana selesa. Dari aspek kepuasan responden terhadap pengurusan kolej oleh staf UiTMKK secara keseluruhannya berada di tahap sederhana memuaskan dan memuaskan. Berdasarkan kajian min skor bagi pandangan responden, di dewan makan ianya berada antara tidak memuaskan dan sederhana memuaskan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95531.pdf]
Text
95531.pdf
Download (170kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics