Abstract
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, kita telah berjaya menerbitkan e-Buletin JSKM Edisi ke-11, sesi 20242 ini. Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat, yang telah meluangkan masa dan usaha yang besar dalam menyempurnakan penerbitan e-Buletin pada kali ini serta semua warga JSKM hingga kita dapat merealisasikan usaha ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua, pencapaian ini tidak akan tercapai. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penulis yang telah menyumbangkan artikel-artikel yang berkualiti untuk diterbitkan dalam buletin ini. Sumbangan anda semua telah memperkaya lagi kandungan buletin dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada pembaca. Dalam konteks keharmonian hidup, marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini untuk mengajak seluruh komuniti agar memahami dan melaksanakan prinsip keamanan global. Keamanan tidak hanya menjadi tanggungjawab individu atau kumpulan tertentu, tetapi menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara kesejahteraan dan ketenteraman dalam masyarakat. Dalam kehidupan yang berbilang kaum, kita mempunyai tanggungjawab moral untuk menentang segala bentuk penindasan dan kezaliman di mana pun ia berlaku. Hidup dalam keharmonian dan kedamaian adalah cita-cita yang perlu kita kejar bersama. Dengan kesedaran dan usaha kolektif, kita dapat membentuk masyarakat yang adil, aman, dan sejahtera untuk generasi akan datang. Semoga usaha ini dapat menjadi tonggak penting dalam memajukan masyarakat ke arah yang lebih baik. Saya berdoa agar usaha ini mendapat keredhan dan keberkatan dari Allah SWT, serta memberi manfaat kepada kita semua.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kadar, Rozita UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | e-Buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95430 |