AKNC 2023 Universiti Teknologi MARA (Melaka): jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan

UiTM, Cawangan Melaka (2023) AKNC 2023 Universiti Teknologi MARA (Melaka): jaringan alumni, komuniti dan kesukarelawan. Universiti Teknologi MARA, Melaka. (Unpublished)
Abstract

Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM) komited dalam memacu UiTMCM ke arah kecemerlangan pengurusan kampus yang lebih sistematik selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang disokong oleh aspirasi UiTM dan kerajaan Negeri Melaka. Berpaksikan keutuhan nilai UiTMCM iaitu Sinergibersama dan Sinergitrust dengan tema Lonjakan Jaringan Alumni, Komuniti dan Kesukarelawanan (JA2K) ke arah Kompetensi Global, Pengurusan Kanan UiTMCM sentiasa prihatin dalam merangka dan menyokong segala inisiatif untuk memperkasakan program bidang tumpuan JA2K berpandukan Model Nilai JA2K. Aspirasi Rektor bersama Pengurusan Kanan UiTMCM direalisasikan secara berterusan agar segenap warga UiTMCM dan pihak berkepentingan lain baik di peringkat antarabangsa mahupun nasional turut memperoleh manfaatnya sekaligus menyahut aspirasi UiTM menjadi Universiti terkemuka dunia menjelang 2025.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95412.pdf]
Text
95412.pdf
Download (538kB)
Indexing & Metrics