Abstract
Tahun 2022 menyaksikan kepimpinan Pengurusan Kanan UiTMCJ diterajui oleh tiga individu berbeza. Bermula Mei 2020, UiTMCJ diterajui oleh Prof. Dr. Ismail Ahmad yang kemudiannya bersara wajib pada April 2022. Timbalan Rektor Akademik UiTMCJ, Prof. Madya Dr. Akmal Aini Othman telah diamanahkan untuk memangku jawatan Rektor sehingga lantikan Rektor UiTMCJ yang baru dibuat pada Oktober 2022. Walaupun diterajui oleh tiga pucuk pimpinan yang berbeza, ianya tidak sama sekali merencatkan segala perancangan dan agenda yang telah dirancang oleh UiTMCJ. Seluruh warga UiTMCJ amat berbangga dengan pelantikan Rektor wanita pertama UiTMCJ iaitu Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Saunah Zainon. Rektor UiTMCJ dibantu oleh Penolong Rektor yang menerajui kampus Pasir Gudang serta Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) yang terdiri daripada Timbalan Rektor Akademik, Timbalan Rektor HEP, Timbalan Rektor BPJIA, Timbalan Pendaftar Kanan, Timbalan Bendahari Kanan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Timbalan Pustakawan Kanan. Selaras dengan agenda tanggungjawab sosial universiti kepada komuniti yang merupakan kekuatan UiTMCJ sepanjang tahun 2022, Rektor dan ahli JKEN telah bersetuju memilih bidang tumpuan Alumni, Komuniti dan Kesukarelawanan sebagai bidang tumpuan pelaporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) bagi tahun 2022 dan diminitkan di dalam Mesyuarat JKEN Mac 2023.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Cawangan Johor UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Alumni and alumni associations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95404 |