AKNC 2023 Fakulti Pergigian: pengurusan dan pembangunan staf

UiTM, Fakulti Pergigian (2023) AKNC 2023 Fakulti Pergigian: pengurusan dan pembangunan staf. Universiti Teknologi MARA. (Unpublished)

Abstract

Fakulti Pergigian (FPG), yang telah beroperasi selama 17 tahun sejak tahun 2006, kini telah mampu bersaing dengan institusi terkemuka lain di dalam mahupun di luar negara. Kepimpinan fakulti dengan pelbagai strategi dan usaha berterusan telah mengangkat nama fakulti ke tahap universiti ternama lain. Di barisan kepimpinan, seorang Dekan yang berpengalaman dalam pentadbiran dan akademik dibantu oleh empat orang Timbalan Dekan yang masing-masing memiliki portfolio khas, termasuk satu Timbalan Dekan Klinikal yang fokus kepada pembelajaran dan perkhidmatan klinikal di fakulti. Keseluruhan operasi didukung oleh sembilan Ketua Pusat Pengajian, penyelaras sumber, koordinator kursus, serta mentor klinikal yang memantau aspek pembelajaran dan latihan klinikal pelajar. Pusat Pergigian UiTM (PPgUiTM) dengan struktur organisasi mikronya sendiri diterajui oleh Timbalan Dekan Klinikal. Ia berfungsi utama untuk memberikan perkhidmatan latihan klinikal kepada pelajar dan, pada masa yang sama, kepada komuniti. Salah satu tugas utama PPgUiTM adalah menyediakan pesakit untuk latihan klinikal pelajar. Sehingga kini, lebih dari 76,000 pesakit dari sekitar Sungai Buloh dan kawasan berhampiran termasuk selatan Perak mendapat rawatan di sini. PPGUiTM turut mempunyai cawangan di Kampus Puncak Perdana dan pada tahun 2023 akan membuka di Kampus Puncak Alam. Disamping itu juga, ianya mempunyai 2 buah bas atau klinik bergerak untuk tujuan pembelajaran dan perkhidmatan klinikal kepada masyarakat terpinggir. Ini adalah startegi untuk menjayakan misi inklusiviti kesihatan pergigian kepada semua masyarakat.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Fakulti Pergigian
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Personnel management > Administrative personnel
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Dentistry
Event Title: Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Collections: Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95402
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95402.pdf] Text
95402.pdf

Download (505kB)

ID Number

95402

Indexing

Statistic

Statistic details