AKNC 2023 Fakulti Pendidikan: pengajaran dan pembelajaran

UiTM, Fakulti Pendidikan (2023) AKNC 2023 Fakulti Pendidikan: pengajaran dan pembelajaran. Universiti Teknologi MARA. (Unpublished)

Abstract

Kepimpinan yang cekap, berintegriti dan berwawasan adalah satu tunjang kejayaan sesebuah organisasi. Berpegang kepada visi dan misi serta tagline EDU Pursuing Excellence, kepimpinan Fakulti diterajui oleh Profesor Madya Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris sebagai Dekan yang mentadbir fakulti, di bantu oleh bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) dan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Prinsip teras fakulti menekankan keseimbangan modal insan dalam cabaran pendidikan era digital. Oleh itu, pihak pengurusan sentiasa membuat perancangan pembangunan dan pembudayaan pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan dasar perancangan strategik Fakulti, UiTM dan dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia bagi dapat melahirkan graduan Pendidikan yang proaktif dan berwawasan. Bagi memastikan Fakulti Pendidikan terus maju ke hadapan sebagai pusat rujukan pembelajaran dan pembelajaran (PdPc) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang pendidikan, pengurusan tertinggi fakulti telah merangka tiga (3) inisiatif projek utama yang dikenali sebagai EduSTRIKE, EduRICH dan EduWHIZ. Bagi menjayakan tiga (3) inisiatif projek utama yang telah dirangka oleh pengurusan tertinggi fakulti, pejabat dekan dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP), Koordinator, Ketua Unit, Penyelaras dan Penolong Pendaftar telah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang bersifat menyeluruh melibatkan semua bidang kepakaran warga fakulti yang terdiri daripada staf akademik, pentadbiran serta mahasiswa Fakulti Pendidikan. Kesemua warga memainkan peranan sebagai pelaksana dan semak imbang (check and balance) bagi memantau perjalanan kesemua inisiatif projek yang dilaksanakan berjalan dengan baik. Akhirnya, kesemua inisitif dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Pihak pengurusan sentiasa membuka peluang kepada kesemua warga Fakulti bagi memberikan cadangan sebagai penambahbaikkan bagi pemantapan segala inisiatif projek Fakulti dari masa ke semasa. Seiring dengan penekanan refleksi yang sentiasa ditekan oleh pihak Fakulti kepada kesemua warga sama ada staf mahu pun pelajar, setiap inisiatif akan dinilai dan berusaha ditambah baik bagi pelaksanaan pada masa akan dating. Walaupun warga Fakulti ini merangkumi pelbagai bidang, namun begitu pihak pengurusan Fakulti sentiasa melibatkan semua bidang kepakaran warga fakulti yang terdiri daripada staf akademik, pentadbiran serta mahasiswa Fakulti Pendidikan.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Fakulti Pendidikan
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Lectures and lecturing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Education
Event Title: Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Collections: Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95397
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95397.pdf] Text
95397.pdf

Download (531kB)

ID Number

95397

Indexing

Statistic

Statistic details