AKNC 2023 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi: pengajaran & pembelajaran

UiTM, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (2023) AKNC 2023 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi: pengajaran & pembelajaran. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Pengurusan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dipimpin oleh Dekan dan dibantu oleh Timbalan Dekan, Timbalan Pendaftar Kanan serta Ketua-ketua Pusat Pengajian (Rajah 1.1). Berteraskan bidang Sains Sukan, Pengurusan Sukan dan Rekreasi, FSR telah mencapai keutuhan dan kemantapan dalam merealisasikan visi, misi dan nilai yang telah ditetapkan. Sepanjang tahun 2018 hingga 2023, fakulti telah melakukan beberapa perubahan visi, misi dan objektif bagi memastikan ianya selari dengan keperluan semasa dan memenuhi matlamat universiti. Terdapat lima kampus pengajian di bawah pentadbiran FSR iaitu Kampus Shah Alam sebagai kampus induk, Kampus Seremban 3, Kampus Jengka, Kampus Arau dan Kampus Samarahan. Kampus Pengajian selain Kampus Shah Alam diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan dibantu oleh Koordinator Program.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95380.pdf]
Text
95380.pdf
Download (480kB)
Indexing & Metrics