AKNC 2023 Fakulti Sains Kesihatan: penyelidikan & penerbitan dan pengkomersilan

UiTM, Fakulti Sains Kesihatan (2023) AKNC 2023 Fakulti Sains Kesihatan: penyelidikan & penerbitan dan pengkomersilan. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)

Abstract

Peranan FSK telah menjadi nadi penggerak dalam melaksanakan sistem pendidikan dalam bidang kesihatan merangkumi aspek penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan yang disokong ke arah kurikulum dinamik, tenaga kerja kompeten, beretika, komited dan berpengetahuan serta prasarana kondusif sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Perancangan: Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kepimpinan FSK telah membuat transformasi dalam pengurusan penyelidikan, penerbitan dan pengkomersilan selari dengan merealisasikan tema strategik penyelidikan seperti yang termaktub di dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, National Policy on Industry 4.0 serta Pelan Strategik UiTM2025. FSK telah melaksanakan perancangan yang sistematik, relevan dan bersepadu dengan mengambil kira perkembangan teknologi terkini merangkumi Perancangan Strategik (Jangka Panjang - 2020-2025), Perancangan Taktikal (Jangka Pendek - tahunan) dan Perancangan Operasi (Jangka Pendek - tahunan). Pelaksanaan: Bagi melancarkan perancangan dan hala tuju penyelidikan, penerbitan dan pengkormesilan, tadbir urus PJI FSK telah menggunakan tiga (3) pendekatan utama iaitu People, Process dan Technology dibawah 3 P’s organizational performance dan Research Excellence Framework dalam menjayakan tranformasi penyelidikan, penerbitan dan pengkormesilan selari dengan hala tuju Universiti dan Pembangunan Malaysia. Kepimpinan PJI FSK sebagai satu medium pengantara antara staf dan barisan kepimpinan tertinggi FSK sentiasa melakukan komunikasi dua hala secara berkala melalui mesyuarat, pekeliling dan amanat dekan, laporan, buletin wacana FSK, surat, e-mel, papan kenyataan, majlis dialog, media sosial seperti laman sesawang FSK dan kumpulan WhatsApp Akademik bagi melaksanakan kesemua inisiatif perancangan strategik. Dalam usaha meningkatkan penerbitan dikalangan staff, FSK telah menghasilkan Elemen Inovasi dinamakan ‘Research Powerhouse @FSK’ merangkumi proses pemantauan yang dinamakan ‘Dashboard@FSK’ dan Inovasi proses penerbitan ‘Journal in-house@FSK”. Sistem ini menyediakan inisiatif penerbitan in house melalui penerbitan Jurnal ‘Health Scope’ serta penerbitan special issue melalui jurnal-jurnal berindeks. Pemantauan geran penyelidikkan, penerbitan dan pengkormesilan melalui ‘Dashboard@FSK’ menyokong kepada keperluan pembelajaran, penyelidikan, Inovasi dan pembangunan staff FSK.m

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Fakulti Sains Kesihatan
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Health Sciences
Event Title: Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Event Dates: 5 Oktober 2023
Collections: Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95378
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95378.pdf] Text
95378.pdf

Download (540kB)

ID Number

95378

Indexing

Statistic

Statistic details