Rotary grill-gen2 / Abdul Hafiz Ramli ... [et al.]

Ramli, Abdul Hafiz and Abdul Aziz, Muhammad Ezzudin and Mustafa, Mohamad Amirul Izat and Mohamad Tarmizi, Mohamad Shazwan and Che Mat, Muhammad Bustanul Ariff and Abdul Kadir, Mohamad Aidil Azizul (2019) Rotary grill-gen2 / Abdul Hafiz Ramli ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 121. ISBN 9789670314716

Abstract

Sinonim dengan trend masyarakat kini, kebanyakan aktiviti kekeluargaan sering dibuat secara besar – besaran. Atau paling tidak dengan menjemput jiran tetangga terdekat. Budaya “berparty” sering dikaitkan dengan kehidupan masyarakat sekarang dimana ia dilihat lebih mesra untuk menyatukan hubungan sesama ahli keluarga dan jiran kawasan. Aktiviti yang biasa dilakukan ialah memasak bersama secara beramai – ramai atau berkongsi juadah akan dinikmati bersama. Bagi memenuhi permintaan ini, kami secara bersama menghasilkan Rotary Gril-gen2 (RGgen2) untuk mempermudahkan kerja memanggang, menjimatkan masa mengalihkan bahan yang dipanggang dan mengurangkan kerosakan pada tekstur makanan. Berbeza dengan kaedah konvensional, kebiasaannya pemanggang perlu membalikkan satu persatu ketul bahan yang dipanggang supaya tidak hangus / masak sebelah. Keunikan RG-gen2 ialah, hanya dengan sekali daya mampu membalikkan semua ketul ayam, daging atau ikan secara serentak. RG-gen2 beroperasi secara mekanikal (100%), diperkukuh dengan besi hollow square 1” bersaiz praktikal untuk majlis kecil – kecilan iaitu 32” x 14” x 35”. sesuai untuk sesekali masakan. Dilengkapi dengan BRC lembut bersaiz 0.5 cm untuk mengelakkan bahan makanan rosak ketika dikepit dan semasa proses memanggang. Dibawah pemanggang BRC terdapat satu laci yang mengandungi pasir bagi meletakkan arang untuk memasak. Laci ini boleh dikeluarkan bagi tujuan membasuh dan membuang sisa bakar. Peralatan ini juga boleh dilipat bagi memudahkan ia disimpan, dipindakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan dimuatkan dalam bonet kereta. RG-gen2 ini kemas, kukuh dan mudah untuk dikendalikan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramli, Abdul Hafiz
abdulhafizramli@kbs.gov.my
Abdul Aziz, Muhammad Ezzudin
UNSPECIFIED
Mustafa, Mohamad Amirul Izat
UNSPECIFIED
Mohamad Tarmizi, Mohamad Shazwan
UNSPECIFIED
Che Mat, Muhammad Bustanul Ariff
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Mohamad Aidil Azizul
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 121
Keywords: Sosial, keluarga, memanggang
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95332
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95332.pdf] Text
95332.pdf

Download (2MB)

ID Number

95332

Indexing

Statistic

Statistic details