Abstract
Auto Water Reclose (AWAR) merupakan inovasi dalam pengawalan paip air secara automatik bagi membuka dan menutup injap yang mengalirkan air menggunakan motor. Produk ini merangkumi gabungan mekanikal dan komponen elektronik. Sistem ini membolehkan pengguna meminimunkan penggunaan tenaga manusia bagi mengawal dan memeriksa paip air terutama di kawasan yang mempunyai bilangan paip air yang banyak dan pelbagai tempat. Objektif utama ini dapat menjimatkan aliran air di fasiliti awam khususnya seperti tandas dan surau yang sering kali pengguna terlupa untuk menutup paip air apabila selesai menggunakannya. Uniknya inovasi ini yang diubahsuai daripada sistem paip sedia ada dan ditambah ciri-ciri automatik serta bersaiz mengikut piawaian saiz paip air di fasiliti atau di rumah yang boleh dipasang dengan mudah dan bersesuaian dengan persekitaran yang mempunyai kelembapan yang tinggi kerana kualiti produk tersebut dibina dari bahan tahan karat. Penggunaan elektrik yang rendah dapat diambil dari bateri sahaja bagi membekalkan kuasa pada komponen eletronik dan motor untuk menjaminkan produk tersebut terus berfungsi pada jangka masa lama tanpa perlu dicas atau diganti bateri baru. Saiz produk yang kompak, mudah dipasang dan penggunaan bekalan elektrik yang rendah ini berpotensi untuk dikomersialkan ke seluruh fasiliti awam dan rumah kerana menggunakan kos yang rendah serta mesra pengguna.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaimi, Muhammad Hasif hasif_suhaimi89@yahoo.com Aznan, Muhammad Fitri UNSPECIFIED Danial, Muhammad Haziq UNSPECIFIED Fikri, Akbar UNSPECIFIED Syahmie, Muhammad Zaim UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | p. 118 |
Keywords: | Tenaga, inovasi, automatik |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95305 |