Car carbon monoxide detector (CARMOD) / Muhammad Hasif Mohd Suhaimi ... [et al.]

Mohd Suhaimi, Muhammad Hasif and Abdul Halim, Fatin Najihah and Mehat, Nur Hanna Ayuni and Wan Mohammad Nor Ariff, Wan Ahmad Farid (2019) Car carbon monoxide detector (CARMOD) / Muhammad Hasif Mohd Suhaimi ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 114. ISBN 9789670314716

Abstract

Carbon Monoxide Detector (CARMOD ) adalah alat keselamatan yang dibina bagi mengesan kadar gas karbon monoksida di dalam ruang kereta supaya dapat mengelakkan berlakunya kematian disebabkan keracunan gas karbon monoksida tersebut. Kematian biasanya berlaku apabila mangsa menghidu gas karbon monoksida yang terkumpul di dalam kenderaan yang tidak bergerak tetapi enjin masih dihidupkan. Individu yang berada di dalam kenderaan tersebut akan mengalami sesak nafas dan ketidaklancaran oksigen dalam darah akibat terhidu gas karbon monoksida sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Melalui fungsi yang terdapat pada CARMOD, ia dapat mengesan kadar kandungan gas karbon monoksida jika melebihi tahap yang telah ditetapkan. Apabila kadar kandungan gas karbon monoksida mencapai tahap yang berbahaya, fungsi seterusnya akan memberi amaran dengan menghasilkan bunyi dan menyalakan lampu amaran. Sistem CARMOD yang bersambung dengan power window kereta akan menurunkan cermin tingkap secara automatik dengan segera bagi melepaskan gas karbon monoksida dan membenarkan oksigen masuk ke dalam kereta tersebut. CARMOD sesuai diaplikasikan pada kereta yang menggunakan sistem power window. CARMOD tidak akan mengganggu sistem sedia ada pada kenderaan kerana ia mengambil punca kuasa terus dari bateri kenderaan dan tidak berkongsi sistem pendawaian sedia ada pada kereta. Alat keselamatan ini sesuai dimiliki pemilik kereta yang menggunakan minyak petrol dan mengaplikasikan sistem power window pada kenderaannya.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Suhaimi, Muhammad Hasif
hasif_suhaimi89@yahoo.com
Abdul Halim, Fatin Najihah
UNSPECIFIED
Mehat, Nur Hanna Ayuni
UNSPECIFIED
Wan Mohammad Nor Ariff, Wan Ahmad Farid
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 114
Keywords: Pengesan Karbon Monoksida (CARMOD ), gas karbon monoksida, inovasi
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95275
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95275.pdf] Text
95275.pdf

Download (2MB)

ID Number

95275

Indexing

Statistic

Statistic details