Monolog seorang aku / Noor Aina Abdul Razak

Abdul Razak, Noor Aina (2024) Monolog seorang aku / Noor Aina Abdul Razak. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.

Abstract

Sudah hampir tiga tahun aku mengenalinya, sejak aku dipindahkan ke pejabat baru. Sejak perkenalan hari pertama, antara aku dan dia, kami saling bertegur sapa. Aku berasa senang sekali bila dapat berbicara dengannya, walaupun jarang bertemu kerana kami berlainan jabatan. Tetapi, kebelakangan ini aku dapat merasakan layanannya terhadapku berlainan sekali sehinggalah.. “Keluar nak?” dia bertanya padaku. “Tak nak!” jawapanku yang ringkas itu menghampakannya. Namun, dia tidak berputus asa untuk terus mengajakku keluar. Soalan yang sama sering diajukan padaku.“Keluar nak? Hujung minggu ni. Aku dah lama nak belanja kau makan.” Untuk kesekian kalinya dia terus mengajakku. “Kalau setakat nak belanja makan, di sini pun boleh,” kataku serba salah. “Tapi…nantilah, saya fikirkan dulu.” Itulah jawapanku. Jawapan yang sama setiap kali dia bertanyakan soalan itu. Pernah, dia menetapkan sendiri tarikh untuk berjumpa denganku. Malang baginya kerana kusangkakan ajakan itu sekadar satu gurauan. Aku sama sekali tidak menyangka dia betul-betul bermaksud untuk berjumpa denganku pada hari tersebut. Beberapa minggu berselang. Dan, sekali lagi dia cuba mengajakku keluar. Akhirnya aku bersetuju memberi kata putus. “Saya boleh keluar, tapi dengan syarat. Kita pergi berasingan. Awak tunggu saya di sana, boleh?” Jauh di dalam hatiku berkata, “Betul ke apa yang aku katakana ini?” Walaupun aku menerima pelawaannya, aku bimbang jika telahanku benar belaka.“Baik! Aku tunggu kau di sana jam sebelas pagi, di hadapan bank, ok!” Begitu senang sekali dia bersetuju dengan syaratku.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Noor Aina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: e-Buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95182
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95182.pdf] Text
95182.pdf

Download (1MB)

ID Number

95182

Indexing

Statistic

Statistic details