Analisis punca masalah pembelajaran operasi tolak dalam lingkungan 10 dan keupayaan BiToBi Match-Up dalam mengatasi masalah: kajian rintis /Mohd Hanafi Mohd Rasip ... [et al.]

Mohd Rasip, Mohd Hanafi and Abd Halim, Mohd Fahmi and Abd Mutalib, Suzana and Gan, Jin Wan and Tio, Beng Shee (2019) Analisis punca masalah pembelajaran operasi tolak dalam lingkungan 10 dan keupayaan BiToBi Match-Up dalam mengatasi masalah: kajian rintis /Mohd Hanafi Mohd Rasip ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 98. ISBN 9789670314716

Abstract

Kajian dijalankan bertujuan menjelaskan bagaimana analisis punca masalah membawa kepada pembinaan inovasi Bahan Bantu Belajar BiToBi Match-Up dan bagaimana punca-punca masalah dapat diselesaikan. BiToBi Match-Up dihasilkan untuk membantu meningkatkan kemahiran asas operasi tolak matematik dalam lingkungan 10 dalam kalangan murid prasekolah sepertimana yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (KSPK) MA 3.2 Menyelesaikan Masalah Operasi Tolak dalam lingkungan 18 dalam Tunjang Sains Dan Teknologi (Matematik Awal). Alat inovasi BiToBi Match-Up yang telah ditambah baik daripada teknik dan bahan pengajaran sedia ada menekankan konsep 6C dalam pembelajaran abad ke-21. Dalam kajian ini, perbincangan secara kritikal dibuat terhadap punca-punca masalah yang membawa kepada pembinaan BiToBi Match-Up. Data pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran operasi tolak matematik sebelum, semasa dan selepas penggunaan BiToBi Match-Up serta perbincangan dengan guru yang mengajar matematik adalah merupakan data utama kajian ini. Kajian yang telah dilaksanakan melibatkan 15 orang peserta kajian adalah terdiri daripada murid-murid Prasekolah B. Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian yang direkod menggunakan rakaman serta analisis dokumen hasil kerja murid. Dapatan kajian menunjukkan 80% peserta kajian menunjukkan peningkatan kemahiran operasi tolak dengan berjaya menjawab hampir soalan yang disediakan dengan betul menggunakan alat BiToBi Match-Up dalam 40 minit proses PdPc. Selain itu, alat BiToBi Match-Up bertindak sebagai Bahan Bantu Belajar (BBB) untuk murid, permainan kumpulan dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi guru serta mampu menjadikan sesi PdPc lebih menarik. Potensi untuk alat BiToBi Match-Up ini dipasarkan amat tinggi dan sesuai kerana harganya yang mampu milik, tahap mobiliti tinggi terhadap murid dan berkesan kepada proses perkembangan pembelajaran murid prasekolah.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Rasip, Mohd Hanafi
napie86@gmail.com
Abd Halim, Mohd Fahmi
UNSPECIFIED
Abd Mutalib, Suzana
UNSPECIFIED
Gan, Jin Wan
UNSPECIFIED
Tio, Beng Shee
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 98
Keywords: Kajian rintis, bahan bantu belajar matematik awal, operasi, tolak
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95166
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95166.pdf] Text
95166.pdf

Download (2MB)

ID Number

95166

Indexing

Statistic

Statistic details