Abstract
Tenaga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Tenaga digunakan bukan sahaja untuk keselesaan manusia tetapi juga untuk berbagai-bagai kegunaan seperti pengangkutan dan industri. Pada masa ini manusia bergantung kepada beberapa punca tenaga yang utama seperti arang batu, minyak, gas asli, elektrikhidro dan bahan nuklear. Tenaga boleh didapati dalam beberapa bentuk antaranya tenaga elektrik dan tenaga haba. Tenaga boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang Iain. Contohnya apabila suis lampu dihidupkan lampu tersebut akan menyala. Lampu menyala kerana tenaga elektrik telah ditukarkan ke tenaga haba. Semasa seseorang berada di bawah cahaya matahari, dia akan berasa panas disebabkan pindahan tenaga dari matahari ke badannya. Kadar penggunaan tenaga semakin bertambah kerana bertambahnya keperluan pengangkutm, industri, perdagangan dan penduduk. Terdapat lebih daripada 7.7 bilion orang penduduk dunia dalam tahun 2018 dan dijangka akan melebihi 80 bilion orang pada tahun 2040. Oleh yang demikian kaedah penjanaan kuasa yang lebih berkesan perlu dihasilkan untuk memenuhi keperluan pertambahan tenaga pada masa hadapan. Tenaga boleh difakrifkan sebagai keupayaan melakukan keria dan unitnya ialah Joule (J). Secara prinsipnya 200 Joule tenaga dapat melakukan kerja sebanyak 200 Joule sekiranya tidak terdapat kehilangan tenaga dalam proses penukaran. Dalam industri, tenaga boleh dijimatkan dengan menggunakan semula tenaga yang dibuangkan ke sekeliling. Hawa panas dan sejuk yang keluar daripada sesuatu bangunan dapat diedarkan semula sebelum dibuang. Pengedaran semula ini bukan sahaja menjimatkan tenaga tetapi juga dapat mengurangkan pencemaran. Contohnya gas ekzos yang panas dari relau dan dandang boleh digunakan untuk memanaskan udara dan air melalui penukar haba. Punca tenaga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu tenaga asli dan tenaga alternatif. Contoh tenaga asli ialah suria, angin dan air. Contoh tenaga alternatif ialah arang batu, petroleum, gas dan nuklear.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Samsudin, Md Nasser UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | p. 97 |
Keywords: | Energy, human comfort, alternative energy, coal, petroleum, gas, nuclear |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95159 |