Kajian kemajuan pertanian kaum Bugis di Sadong Jaya / Zulkipli @ Zulkifflee Sofee

Zulkipli @ Zulkifflee, Sofee (1999) Kajian kemajuan pertanian kaum Bugis di Sadong Jaya / Zulkipli @ Zulkifflee Sofee. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA Sarawak.

Abstract

Di dalam kajian tentang kemajuan pertanian Kaum Bugis di Kampung Pelandok Ulu I Iboi, cuma terdapat sedikit sahaja masaalah. Misalnya kekurangan maklumat tentang keluasan kampung yang dibuat kajian. Keluasan kedua-dua kampung ini cuma anggaran sahaja kerana tidak ada maklmat yang tepat. Selain daripada ini, agak sukar untuk mendapat maklumat tentang perolehan pendapatan bulanan para pekebun dalam
sebulan kerana hasil pengeluaran pertaniannya tidak menentu. Ini bergantung kepada kesuburan tanaman dan keadaan cuaca. Pengeluaran hasil tanaman tidak mengikut musim seperti tanaman-tanaman lain. Menyentuh tentang metodologi kajian, saya hanya menggunakan tiga cara iaitu menerusi siasatan, pemerhatian dan maklumat yang sedia ada. Siasatan dilaksanakan secara temubual. Setelah itu saya membuat pemerhatian dari masa ke semasa dan menggunakan maklumat yang sedia ada daripada seorang pekebun yang selaku pemborong di kedua-dua kampung tersebut. Misalnya dari segi penjualan kelapa, pisang dan koko untuk setiap bulan. Kesemua ini menerusi data sekunder. Kaedah yang digunakan amat sesuai sekali di dalam membuat kajian tentang kemajuan pertanian di sini. Secara keseluruhannya kertas projek ini amatlah memuaskan hati, kerana saya telah beijaya mengkaji tentang kemajuan pertanian Kaum Bugis. Jadi secara kesimpulannya kertas projek ini telah memberi banyak kesan yang positif kepada diri saya dalam membuat kajian. Sememangnya pekebun di sini memang sangat maju di dalam bidang pertanian dan
patut dicontohi oleh pekebun-pekebun kaum lain. Mereka mempunyai disiplin yang kuat dalam aktiviti pertanian. Ketekunan, kegigihan dan semangat bekeijasama telah memberikan kejayaan yang besar kepada mereka. Wajarlah kedua-dua kampung ini dijadikan model (contoh) oleh masyarakat lain.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkipli @ Zulkifflee, Sofee
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus
Programme: Bachelor Of Administrative Science (HONS)
Keywords: kemajuan, pertanian, bugis
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95124
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95124.pdf] Text
95124.pdf

Download (487kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

95124

Indexing

Statistic

Statistic details