Mahir jawi (MAJA) / Md Nasser Samsudin

Samsudin, Md Nasser (2019) Mahir jawi (MAJA) / Md Nasser Samsudin. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 89. ISBN 9789670314716

Abstract

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca jawi kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta Jawi di kalangan murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid tingkatan empat berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tingkatan empat. Tinjauan awal telah menunjukkan murid-murid ini tidak dapat membaca perkataan Jawi yang mengandungi KVKVK. Dalam kajian ini kaedah pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) membaca jawi dengan menggunakan aplikasi QR code yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit dan komputer tablet. Penggunaan peranti eletronik seperti telefon bimbit, computer tablet, teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses PdPc yang dijalankan. Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak susah. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan muridmurid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Samsudin, Md Nasser
kasimanzen@yahoo.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 89
Keywords: Aplikasi QR, jawi, pelajar
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/95078
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 95078.pdf] Text
95078.pdf

Download (2MB)

ID Number

95078

Indexing

Statistic

Statistic details