@Luna: effect of moon phase / Noor Azira Harun ... [et al.]

Harun, Noor Azira and Rodzli, Norhana and Abd Latif, Normala and Taib, Nurul Wahidah and Abdullah, Siti Syafina (2019) @Luna: effect of moon phase / Noor Azira Harun ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 83. ISBN 9789670314716

Abstract

@Luna merupakan produk inovasi multifungsi yang menggabungkan lima fungsi dalam satu roda bagi membantu menyelesaikan beberapa isu penting dalam kehidupan seharian kerana ia memaparkan perbandingan relatif antara fasa bulan, kalendar Hijrah dan kalendar Masihi. Lima fungsi yang terdapat dalam @Luna adalah fasa bulan beserta penerangan dan kesannya terhadap fenomena air pasang besar, jenis tanaman yang sesuai ditanam dan aktiviti memancing. @Luna disasarkan kepada tiga kategori pengguna iaitu guru dan pelajar, penggemar aktiviti memancing, nelayan serta pekebun bandar. Bagi guru dan pelajar @Luna dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar untuk meningkatkan pemahaman pelajar khususnya untuk subjek sains tahun lima bagi Unit 11: Bumi, Bulan dan Matahari. Di samping itu, @Luna sesuai dijadikan rujukan kepada penggemar aktiviti memancing dan nelayan untuk mengenalpasti terlebih dahulu keadaan pasang surut air sebelum menjalankan aktiviti mereka. Bagi pekebun bandar, @Luna dapat dijadikan sebagai rujukan untuk menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam mengikut fasa bulan. Kelebihan @Luna yang bersaiz sederhana dan ringan membolehkannya dibawa kemana-mana. Tambahan pula @Luna boleh digunakan tanpa limitasi capaian kerana tidak memerlukan talian internet. @Luna berbaloi dimiliki kerana kos yang sederhana dan dapat digunakan secara berterusan oleh seisi keluarga selagimana ia masih dalam keadaan yang baik. @Luna boleh diperkembangkan dengan lebih jauh samada didigitalkan, dijadikan sebagai aplikasi dan ditukar ke format-format lain seperti kalendar.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Harun, Noor Azira
UNSPECIFIED
Rodzli, Norhana
UNSPECIFIED
Abd Latif, Normala
UNSPECIFIED
Taib, Nurul Wahidah
wahidah@kmk.matrik.edu.my
Abdullah, Siti Syafina
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 83
Keywords: Inovasi, fasa bulan, alat bantu mengajar, pelajar, guru
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94947
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94947.pdf] Text
94947.pdf

Download (2MB)

ID Number

94947

Indexing

Statistic

Statistic details