Abstract
Perpustakaan memainkan peranan utama dalam memupuk budaya membaca. Keterbatasan ruang perpustakaan untuk menampung jumlah pengunjung yang terlalu ramai, menghalang pelajar memanfaatkan penggunaan perpustakaan secara maksimum walaupun pada waktu rehat. Kewujudan sudut bacaan alternatif di dalam kelas dan bilik-bilik khas merupakan salah satu alternatif yang bijak bagi memberi ruang kepada para pelajar yang tidak berpeluang berkunjung ke perpustakaan dan sekaligus mendapatkan bahan bacaan tambahan. Sudut bacaan alternatif ini tampak lebih berseri apabila digandingkan dengan ciptaan inovasi “Rak Pustaka Mini” yang direka khas sebagai tempat penyimpanan koleksi peralatan menulis dan bahan bacaan tambahan mudah capai seperti buku cerita, majalah dan surat khabar. Rekaan mudah alih ini menceriakan persekitaran, mesra ruang dan memberi ruang selesa bagi pelajar menambahkan ilmu tanpa batasan waktu. Boleh dikatakan, hampir 85% bahan yang digunakan untuk menghasilkan Rak Pustaka Mini ini merupakan bahan terpakai yang cukup mesra alam, mudah didapati dan mesra kos. Keunikan rak ini lebih terserlah apabila ia merupakan satu-satunya rak inovasi yang mengetengahkan penggunaan kertas keras di dalam gulungan kain dan tikar getah yang tidak bernilai menjadi ciptaan berguna kepada manusia. Projek ini turut memberi impak yang amat besar kerana dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan melaksanakan aktiviti kitar semula bagi membantu mengurangkan masalah pencemaran dan menyelamatkan alam sekitar. Walaupun ciptaan ini nampak ringkas namun ianya terbukti berkesan dalam menarik minat para pelajar membudayakan amalan membaca di masa terluang. Tidak hairanlah jika rak inovasi ini mampu menjana sumber pendapatan sekiranya berpeluang dikomersialkan suatu masa nanti.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Nor Hayati UNSPECIFIED Muhammad Azli, Muhammad Alif Aiman linaariff26@gmail.com Abd Wahab, Muhammad Ariz Iman UNSPECIFIED Mukhtaruddin, Maryam Nur Zulaika UNSPECIFIED Saiful Anuar, Nur Balqis Batrisia UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Page Range: | p. 75 |
Keywords: | Perpustakaan, inovasi, mesra alam |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94857 |