Ecosegar bio-straw / Muhammad Aiman ... [et al.]

Aiman, Muhammad and Aisar, Ahmad Thaqif and El Farris, Darwish and Subramaniam, Santharasekaran (2019) Ecosegar bio-straw / Muhammad Aiman ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 70. ISBN 9789670314716

Abstract

Plastik merupakan bahan yang mudah dan murah diperolehi pada masa sekarang. Namun penggunaan plastik secara meluas menyebabkan permasalahan persekitaran yang amat ketara. Penggunaan straw plastik amat membimbangkan pada masa sekarang. Ia menjadi salah satu bahan pencemar plastik di dunia, malahan mencatat antara penyumbang pencemar terbesar daripada 10 jenis plastik berupa sampah. Ia nampak kecil namun memberi kesan yang sama jika dalam kuantiti yang banyak untuk mencemarkan alam. Justeru, pengkaji di atas telah menginovasikan bahan alternatif menggantikan straw plastik. Bagi menggantikannya, bahan semulajadi digunakan malahan ia dapat bertoleransi dengan persekitaran dengan selamat jika dibuang begitu sahaja. Inovasi ‘EcoSegar Bio-Straw’ merupakan hasilan straw daripada kertas dan alternatif sampingan penggunaan tumbuhan serai untuk dijadikan bahan penguat. Penggunaan serai boleh memberi kesan bau aroma yang baik malahan ia amat mudah ditanam dan diperolehi dengan banyak. Ia juga merupakan tumbuhan herba yang baik untuk kesihatan manusia. Inovasi ini pastinya menjanjikan keselamatan alam terjaga malahan memperkembangkan ekonomi perniagaan menggantikan bahan asal yag dibuat daripada plastik. Malahan aktiviti pertanian dapat dipertingkatkan dengan adanya ‘EcoSegar Bio-Straw’

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aiman, Muhammad
UNSPECIFIED
Aisar, Ahmad Thaqif
UNSPECIFIED
El Farris, Darwish
UNSPECIFIED
Subramaniam, Santharasekaran
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 70
Keywords: Konsep mesra alam, pengurusan alam sekitar, aroma herba, pertumbuhan ekonomi
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94817
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94817.pdf] Text
94817.pdf

Download (2MB)

ID Number

94817

Indexing

Statistic

Statistic details