Eco bio-sprayer / Santharasekaran Subramaniam and Karthikgesan Santharasekaran

Subramaniam, Santharasekaran and Santharasekaran, Karthikgesan (2019) Eco bio-sprayer / Santharasekaran Subramaniam and Karthikgesan Santharasekaran. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 68. ISBN 9789670314716

Abstract

Permasalahan persekitaran dan kemunduran tahap kesihatan amat berleluasa pada masa kini. Puncanya adalah disebabkan penggunaan bahan pencemar alam dan ini mengakibatkan masalah persekitaran dan masalah kesihatan hidupan semakin berleluasa. Salah satunya adalah penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Walaupun digunakan secara kecil-kecilan, ia masih boleh memberi kesan pada jangka masa panjang nanti setelah berkumpul di dalam badan manusia. Kajian ini lebih kepada penghasilan bahan peracun makhluk perosak serangga yang mampu memelihara persekitaran dan kesihatan manusia tanpa sebarang masalah kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan berkonsepkan konsep ‘mesra alam’. Malahan penghasilan racun serangga mesra alam ini dapat meningkatkan hasil ekonomi pengusaha-pengusaha pertanian secara kecil-kecilan mahupun yang besar jika bahan ini diperluaskan penghasilannya secara komersial. Ramuan bahan semulajadi ini dapat memberikan keputusan hasil tanaman yang amat menakjubkan. Berasaskan konsep 3M, bahan ini merupakan bahan yang mudah, mantap dan murah untuk digunakan bagi meningkatkan mutu pertanian dan kesihatan diri sendiri.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Subramaniam, Santharasekaran
UNSPECIFIED
Santharasekaran, Karthikgesan
ssantharasekaran@yahoo.com
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 68
Keywords: Racun perosak mesra alam, alam sekitar, kesihatan manusia, pertumbuhan ekonomi
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94810
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94810.pdf] Text
94810.pdf

Download (2MB)

ID Number

94810

Indexing

Statistic

Statistic details