Kesan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap penguasaan pelajar bagi kursus pengaturcaraan / Normaziah Abdul Rahman … [et al.].

Abdul Rahman, Normaziah (2024) Kesan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap penguasaan pelajar bagi kursus pengaturcaraan / Normaziah Abdul Rahman … [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak Mac 2020 telah memberi impak yang besar terhadap institusi Pendidikan secara global, di mana kebanyakan negara telah menutup institusi pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Rentetan daripada itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah berubah daripada bersemuka di dalam kelas kepada dalam talian bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan. Pada asasnya, pembelajaran dalam talian digambarkan sebagai ruang alam maya untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tatap muka yang menggunakan peralatan komputer sebagai medium perantaraan. Proses ini membenarkan pelajar berkomunikasi dari jarak jauh dengan tetapan tertentu tanpa memerlukan pelajar berada di tempat yang sama dan dihubungkan melalui talian Internet (Hrastinski, 2019). Kursus pengaturcaraan merupakan salah satu kursus teras bagi semua program yang ditawarkan di Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik. Kod kursus yang diambil oleh pelajar adalah kursus Asas Penyelesaian Masalah Berkomputer (CSC415). Proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan dianggap salah satu daripada tujuh cabaran besar dalam pendidikan pengkomputeran (McGettrick et al., 2005) dan ini dikuatkan lagi dengan kajian oleh beberapa orang penyelidik lain (Elly Johana, 2021; Mason, 2012; Soloway & Spohrer, 2013) yang mengutarakan isu yang sama. Kaedah pembelajaran dan pengaturcaraan secara semuka yang telah sekian lama dipraktiskan mempunyai permasalahan besar untuk ditangani, apatah lagi cabaran pengajaran pengaturcaraan dalam talian (Zin et al., 2006). Dengan norma pendidikan yang baru ini, pelajar perlu menyiapkan diri dan perlu bersedia untuk mengadaptasi kaedah pembelajaran dalam talian (Ghebreyesus, 2020). Walau bagaimanapun, kesediaan dan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian perlu diambil kira.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Normaziah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: What’s What PSPM
ISSN: 2756-7729
Keywords: Pengajaran, pembelajaran, PdP, Covid-19, Internet
Date: March 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94777
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94777.pdf] Text
94777.pdf

Download (1MB)

ID Number

94777

Indexing

Statistic

Statistic details