Abstract
Menjelmanya 1 Syawal merupakan tanda kemenangan bagi umat Islam atas kejayaan melaksanakan tuntutan agama yang juga merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ketika hampirnya 1 Syawal, umat Islam akan giat membuat persiapan seperti membeli baju raya, membuat kuih-muih, menghiasrumah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kita diingatkan supaya sentiasa bersederhana serta menjaga adab dan tingkah laku apabila menyambut bulan Syawal, sama seperti yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan supaya ia tidak dicemari dengan perbuatan yang tidak sepatutnya. Pada era moden ini, kita mengetahui bahawa pelbagai fesyen baju raya dikeluarkan oleh pereka fesyen ternama. Antara jenama baju raya yang terkenal adalah Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Zoe Arissa Luxe, Kurta House, Primavalet dan sebagainya
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Najihah, Ainul UNSPECIFIED Jaafar, Mohamad Hasif UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Adab berpakaian, hari raya, Syawal, Islam |
Date: | April 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94630 |