Memahami makna sebenar di sebalik Hari Raya Aidilfitri: kesejahteraan spiritual dan sosial / Nurul Safwah Mohd Aminuddin Zaki and Nurul Atikah Poniran

Mohd Aminuddin Zaki, Nurul Safwah and Poniran, Nurul Atikah (2024) Memahami makna sebenar di sebalik Hari Raya Aidilfitri: kesejahteraan spiritual dan sosial / Nurul Safwah Mohd Aminuddin Zaki and Nurul Atikah Poniran. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Hari Raya Aidilfitri merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Selepas sebulan penuh berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai satu bentuk kesyukuran atas keberkatan yang diberikan oleh Allah SWT. Walau bagaimanapun, di sebalik kegembiraan perayaan ini terletak makna yang mendalam terhadap kesejahteraan rohani dan sosial. Kesejahteraan Spiritual dalam Hari Raya Puasa Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar perayaan kejayaan membendung kelaparan dan dahaga selama sebulan. Lebih daripada itu, Hari Raya Aidilfitri merupakan momentum untuk mendalami hubungan rohani dengan Allah SWT. Pada bulan Ramadan, umat Islam diberi peluang untuk mendekatkan diri dengan Pencipta melalui ibadah, puasa, dan perbuatan baik yang lain. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada usaha kerohanian ini, di mana umat Islam meraikan kemenangan ke atas diri mereka dalam mengawal nafsu mereka dan mengukuhkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Aminuddin Zaki, Nurul Safwah
UNSPECIFIED
Poniran, Nurul Atikah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Hari Raya Aidilfitri, spiritual, sosial Ramadan
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94629
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94629.pdf] Text
94629.pdf

Download (1MB)

ID Number

94629

Indexing

Statistic

Statistic details