Kesinambungan amal diteruskan dalam bulan Syawal / Dr Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd Kamel (2024) Kesinambungan amal diteruskan dalam bulan Syawal / Dr Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Setiap makhluk Allah SWT pasti ada perbezaan di antara satu sama lain sama ada dari sudut asal penciptaannya, fizikal mahupun kelebihan darjatnya di sisi Allah SWT. Di kalangan manusia sendiri, ada yang diangkat martabatnya di sisi Allah sebagai Nabi dan Rasul, ada yang muslim dan kafir, ada yang bertaraf ulama dan para wali, tidak kurang juga yang dianggap sebagai orang awam sahaja. Allah SWT turut memberi kelebihan kepada bulan-bulan tertentu berbanding bulan yang lain untuk dimanfaatkan oleh manusia dalam usaha mempertingkatkan amalan kepada Allah SWT. Pastinya Ramadan yang baru berlalu meninggalkan nostalgia manis dengan pelbagai fadilat yang hanya terdapat dalam bulan tersebut sahaja dan tidak terdapat pada sebelas bulan yang lain. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah SWT ada duabelas seperti yang difirmankanNya dalam Al-Quran yang bermaksud “bahawa sesungguhnya bilangan-bilangan bulan di sisi Allah itu dua belas bulan yang telah ditetapkan di dalam Kitab Allah (Luh Mahfuz) semenjak hari diciptakan langit dan bumi lagi. Sebahagian daripadanya ialah empat bulan haram (berperang padanya)” (Surah al-Taubah ayat 36).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Syawal, muslim, kafir, manusia
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94624
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94624.pdf] Text
94624.pdf

Download (2MB)

ID Number

94624

Indexing

Statistic

Statistic details