Islam dan dialog antara agama / Prof. Madya Dr Azarudin Awang and Hisam Satari

Awang, Azarudin and Satari, Hisam (2024) Islam dan dialog antara agama / Prof. Madya Dr Azarudin Awang and Hisam Satari. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk, terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik dan kaum dan terdiri daripada pelbagai agama (Muhammad Faris & Nur A’thiroh Masyaa’il, 2018; Khairul Azhar, 2019). Dengan demikian, pendekatan dakwah terbaik bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara ini adalah berpaksikan kepada pendekatan dakwah Rasulullah SAW sebagai pemimpin Kota Madinah yang kita maklumi memiliki kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. (Mohd Farid Ravi, 2019). Dakwah adalah usaha untuk mengajak manusia kepada Allah SWT dengan tujuan utamanya mengajak manusia menyembah Allah SWT sekaligus menghakis segala bentuk kesyirikan (Abdul Ghafar & Badlihisham,2012). Antara pendekatan dalam usaha menyampaikan dakwah Islam ialah dengan aktiviti dialog, lebih-lebih lagi dalam menangani persepsi negatif dalam kalangan bukan Islam yang mendapat gambaran kurang jelas dan salah faham terhadap Islam. Dialog antara agama ialah proses interaksi yang berlaku antara wakil atau penganut agama yang berbeza untuk bertukar-tukar pandangan, memahami perbezaan agama, dan mencari titik persamaan dalam usaha membina persefahaman yang lebih baik antara masyarakat beragama. Dialog antara agama harus dilihat sebagai kerjasama untuk mencapai persefahaman yang lebih baik dan membina keamanan. Ini boleh merangkumi pelbagai bentuk kerjasama dalam projek sosial, pendidikan atau kemanusiaan. Antara aspek yang wajar dipertimbangkan dalam dialog antara agama ialah kesaksamaan bagi setiap agama agar diberi peluang yang sama untuk diwakili dan dihormati. Peserta dialog juga perlu bersedia membuka minda dan hati untuk mendengar pandangan berbeza dengan sikap terbuka.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Azarudin
UNSPECIFIED
Satari, Hisam
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Islam, dialog, agama, dakwah
Date: March 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94614
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94614.pdf] Text
94614.pdf

Download (2MB)

ID Number

94614

Indexing

Statistic

Statistic details