Chem-AR / Harlina Shakila Harun ... [et al.]

Harun, Harlina Shakila and Saad, Sazilawati and Saad, Asymawi and Khudri, Faizal (2019) Chem-AR / Harlina Shakila Harun ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 39. ISBN 9789670314716

Abstract

Pendidikan abad ke-21 (PAK-21) bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani masalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Oleh itu, PAK-21 perlu menggunakan kaedah yang mampu untuk menghasilkan pelajar yang fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Selaras dengan PAK-21 teknologi canggih luasan realiti atau augmented reality(AR), yang menghubungkaitkan objek maya ke dunia sebenar telah dikenal pasti sesuai digunakan dalam bidang pendidikan masa kini. Bertepatan dengan kemajuan di era globalisasi, AR adalah sangat praktikal di gunakan oleh para pensyarah matrikulasi sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran bagi subjek kimia. Penggunaan teknologi yang sesuai bagi sesuatu media pengajaran adalah penting bagi membolehkan para pensyarah matrikulasi melakukan sesi pengajaran yang lebih efektif dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Menyedari keperluan, kepentingan dan potensi teknologi ini, suatu inovasi AR telah direkabentuk kepada para pelajar matrikulasi bagi matapelajaran kimia. Teknolgi ini mampu menarik perhatian para pelajar untuk lebih bersedia menghadiri kelas kuliah, tutoran atau praktikum. Secara tidak langsung, inovasi AR ini menggalakan para pelajar melakukan pembelajaran secara kendiri dan mereka lebih mudah memahami konsep-konsep tertentu bagi subjek kimia, dimana AR lebih tertumpu kepada dimensi teknologi berbanding pedagogi. Elemen yang telah dikenalpasti bagi meningkatkan kepelbagaian di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi AR ialah (a) pengganti objek maujud, (b) membantu dalam penerangan proses, (c) sebagai alat simulasi, (d) mampu menarik perhatian pengguna, (e) menggambarkan sesuatu dengan jelas, penerangan ataupun konsep yang abstrak, (f) mampu menjelaskan konsep ruang dan AR (g) sebagai pengganti eskperimen.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Harun, Harlina Shakila
harlina@kmk.matrik.edu.my
Saad, Sazilawati
nua2k4@yahoo.co.uk
Saad, Asymawi
asymawichanglun@gmail.com
Khudri, Faizal
faizalkhudri@yahoo.com
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 39
Keywords: Pendidikan, objek maya, teknologi, inovasi
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94571
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94571.pdf] Text
94571.pdf

Download (2MB)

ID Number

94571

Indexing

Statistic

Statistic details