Perbandingan pencapaian kursus matematik dalam kalangan pelajar ijazah kejuruteraan lepasan Politeknik dan lepasan Matrikulasi dalam subjek Kalkulus Untuk Jurutera: kajian kes pelajar semester satu, UiTM Cawangan Pulau Pinang / Siti Asmah Mohamed, Nurhafizah Ahmad and Fadzilawani Astifar Alias

Mohamed, Siti Asmah and Ahmad, Nurhafizah and Alias, Fadzilawani Astifar (2024) Perbandingan pencapaian kursus matematik dalam kalangan pelajar ijazah kejuruteraan lepasan Politeknik dan lepasan Matrikulasi dalam subjek Kalkulus Untuk Jurutera: kajian kes pelajar semester satu, UiTM Cawangan Pulau Pinang / Siti Asmah Mohamed, Nurhafizah Ahmad and Fadzilawani Astifar Alias. Navigating the spectrum: the new wave of e-learning innovations, 7. pp. 63-69. ISSN 9786299875512

Abstract

Kursus matematik merupakan kursus teras yang wajib diambil oleh pelajar yang mengikuti program kejuruteraan dan pelajar perlu lulus untuk memenuhi syarat penganugerahan ijazah. Kegagalan pelajar serta pencapaian yang kurang memuaskan dalam kursus matematik turut memberi kesan negatif kepada prestasi individu dan keseluruhan kepada institusi. Persepsi akan pencapaian subjek matematik dari kalangan pelajar lepasan Politeknik dikatakan tidak memberangsangkan berbanding pelajar lepasan Matrikulasi. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan keputusan peperiksaan bagi subjek Kalkulus Untuk Jurutera di kalangan pelajar lepasan diploma Politeknik dan pelajar lepasan Matrikulasi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan analisis penilaian kursus matematik pelajar berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan akhir. Sampel kajian adalah seramai 29 orang pelajar yang dipilih dari program kejuruteraan. Keputusan analisis data menunjukkan bahawa pencapaian pelajar lepasan Matrikulasi adalah lebih baik (p<0.05; t=-2.083) berbanding pelajar dari lepasan diploma Politeknik dan seterusnya mempengaruhi perbezaan pencapaian ini adalah signifikan pada aras keyakinan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar lepasan diploma Politeknik tidak mengambil mata pelajaran matematik tambahan sewaktu peperiksaan SPM. Seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar lepasan Politeknik semester satu dalam subjek Kalkulus. Kajian ini akan melihat kebenaran persepsi dan mencadangkan beberapa langkah yang mungkin dapat diambil bagi memperbaiki masalah ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Siti Asmah
sitiasmah109@uitm.edu.my
Ahmad, Nurhafizah
nurha9129@uitm.edu.my
Alias, Fadzilawani Astifar
fadzilawani.astifar@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
Q Science > QA Mathematics > Factor analysis. Principal components analysis. Correspondence analysis
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Navigating the spectrum: the new wave of e-learning innovations
ISSN: 9786299875512
Volume: 7
Page Range: pp. 63-69
Keywords: Pencapaian, Kursus Matematik, Lepasan Politeknik, Lepasan Matrikulasi
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94435
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94435.pdf] Text
94435.pdf

Download (79kB)

ID Number

94435

Indexing

Statistic

Statistic details