Abstract
Pada awal 2022, Akademi Pengajian Bahasa (APB) diterajui oleh Profesor Dr. Othman Ismail sebagai Dekan dan Profesor Ts. Dr. Januddin Sardi sebagai Timbalan Dekan Akademik (TDA), Dr. Muhammad Zaidi Zakaria sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TD HEP) serta Profesor Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan, Penerbitan, Jaringan Industri (TD PJI). Barisan pengurusan tertinggi APB didukung oleh seorang Timbalan Pendaftar bagi urusan pentadbiran serta Penolong Pendaftar Kanan bagi urusan akademik dan hal ehwal pelajar serta barisan Ketua Pusat Pengajian, Koordinator dan Penyelaras bagi setiap unit. Walau bagaimanapun, pada Jun 2022 Profesor Ts. Dr. Janudian Sardi telah memangku jawatan Dekan APB seterusnya dilantik menjadi Dekan pada Julai 2022. Tempat beliau telah digantikan dengan Profesor Dr. Anealka Aziz Husin sebagai Timbalan Dekan Akademik (TDA). Pengurusan tertinggi Akademi Pengajian Bahasa melalui Dekan Profesor Ts. Dr. Janudin Sardi sebulat suara memilih bidang tumpuan Pengajaran dan Pembelajaran bagi penilaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022. Oleh hal yang demikian, Dekan APB telah menyarankan Timbalan Dekan Akademik untuk membuat semakan dan aktiviti yaang berkaitan dengan inisiatif yang dipilih. Justeru, beberapa inisiatif dilaksanakan, dilapor serta ditambah baik oleh jabatan-jabatan yang terlibat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Other) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Akademi Pengajian Bahasa UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Panel analysis L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education > Four year institutions. Universities and colleges > Public universities and colleges L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Technology. Information technology. Internet in higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2023 |
Keywords: | education, language studies |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94167 |
Download
94167.pdf
Download (553kB)
94167.pdf
Restricted to Registered users only
Download (493kB)