Memperbetulkan fahaman masyarakat, Ramadan sekadar bulan puasa / Dr Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd Kamel (2024) Memperbetulkan fahaman masyarakat, Ramadan sekadar bulan puasa / Dr Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Ramadan adalah bulan yang paling mulia daripada sekalian bulan yang dianugerahkan khas oleh Allah SWT kepada umat Islam. Ini adalah kerana terdapat amat banyak kelebihan dan kemuliaan dalam bulan tersebut yang tidak terdapat pada bulan lain. Kelebihan Ramadan bukan sekadar terletak kepada ibadah puasa. Sesungguhnya pemahaman segelintir masyarakat yang menyebut Ramadan ialah bulan puasa perlu diperbetul. Ungkapan seperti “selamat menyambut bulan puasa” tidak sepatutnya dilahirkan oleh seorang mukmin sedangkan yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan ialah kedatangan Ramadan itu sendiri bukan sekadar puasa yang dikerjakan. Sandaran ini seolah-olah menggambarkan bahawa puasa itu hanya di bulan Ramadan. Memang benar puasa yang wajib hanya di bulan Ramadan tetapi kesyumulan Islam menerangkan puasa-puasa sunat juga terdapat di bulan-bulan lain yang ternyata ganjaran pahalanya juga amat besar dan berlipat kali ganda. Apabila pemikiran manusia sudah tertumpu ke situ, maka kelebihan-kelebihan lain yang terdapat dalam bulan Ramadan seolah-olah dilupakan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Ramadan, bulan puasa, Islam, manusia
Date: March 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94127
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94127.pdf] Text
94127.pdf

Download (2MB)

ID Number

94127

Indexing

Statistic

Statistic details