Abstract
Suatu hari seorang anak murid bertemu dengan tuan gurunya.
Anak murid: Assalamualaikum tuan guru, apa khabar?
Tuan guru: Waalaikumussalam warahmatullah, alhamdulillah ana sihat.
Anak murid: Tuan guru, saya nak bertanya…malam nisfu Syaaban boleh ke baca Yasin sampai 3 kali? Nabi SAW ada buat ke? Saya dengar hadis berkenaan amalan malam nisfu Syaaban ni hadisnya daif. Kenapa masyarakat buat amalan berdasarkan hadis daif?
Tuan guru: Wahai anakku..ketahuilah bahawa ibadah itu ialah sesuatu yang Allah SWT suka pada apa yang kita suka melakukannya. Ada ibadah yang nabi SAW lakukan dan ini dilakukan oleh sahabat dan dinamakannya sunnah nabi. Tetapi pada suatu ketika ada sahabat yang melakukan ibadah tanpa merujuk kepada nabi SAW dan ia melakukannya kerana pada hemah mereka perbuatan itu baik dan ia suka untuk melakukannya. Tatkala perbuatan mereka ini dilaporkan pada nabi SAW atau nabi SAW sendiri dikhabarkan oleh Allah SWT dengan kemuliaan berbentuk ganjaran yang diperoleh oleh mereka, Nabi SAW tidak menghalang. Inilah yang dinamakan sunnah taqririyyah.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Satari, Hisam UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Ibadah, polemik, Nisfu Syaaban, Yasin |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94100 |