Abstract
Karya sastera merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai bagi masyarakat Malaysia. Karya sastera merupakan hasil kreatif masyarakat dalam mengungkap pelbagai persoalan berkaitan dengan kehidupan manusia, alam dan ketuhanan. Ia merupakan medium yang berkesan dalam konteks penyampaian mesej yang diwarisi sejak berzaman. Kandungannya banyak menyentuh tentang unsur pengajaran, nasihat, penyampaian ilmu, gambaran latar zaman dan pelbagai lagi isi kandungan yang ditonjolkan dalam karya tertentu. Antara karya sastera yang popular adalah cerita rakyat. Aspek penceritaan merupakan suatu keistimewaan dan keunikan yang ada dalam masyarakat Melayu khususnya. Cerita rakyat pada asalnya diwarisi secara lisan dan kemudian perkembangan dari semasa ke semasa. Bermula dengan penyampaian secara lisan dan kemudiannya diperkemaskan secara cetakan yang merangkumi teks dan media bergambar. Dengan kemajuan teknologi yang terus berkembang pantas, ianya terus diwarnai dengan kaedah penyampaian audio visual sehinggalah ke ruang digital. Perkembangan ini adalah bersesuaian bagi memenuhi keperluan semasa dalam memperbaharui gaya persembahan agar terus relevan. Ternyata khazanah yang tidak ternilai ini mampu untuk terus dipertahankan demi kelangsungan sebuah tamadun.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Ghalim, Shahril Anuar UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Cerita rakyat, tauladan, tamadun |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94047 |