Pemikiran Ibnu Khaldun dalam politik kenegaraan Madani / Dr Mohd Hidayat Mahadi

Mahadi, Mohd Hidayat (2024) Pemikiran Ibnu Khaldun dalam politik kenegaraan Madani / Dr Mohd Hidayat Mahadi. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Nama lengkap beliau adalah Abdurrahman Abu Zaid. Beliau lahir di Tunisia pada awal bulan Ramadan 732H bersamaan dengan tahun 1332M. Beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 25 Ramadan 808H bersamaan dengan 1406M. Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh Muslim yang terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu sosiologi, ilmu logik, ilmu matematik, teologi, astronomi, ekonomi dan juga politik. Pendidikan Ibnu Khaldun bermula sejak dari kecil lagi iaitu dengan ayahnya sendiri sebagai gurunya yang pertama. Kemudian, beliau telah mempelajari ilmu bahasa daripada beberapa orang guru seperti Abu Abdillah Muhammad Ibnu al-Arabi al-Husairi, Abu al-Abbas Ahmad Ibnu al-Qushar, dan Abu Abdillah al-Wadiyashi. Beliau juga telah menuntut ilmu Fiqh daripada Abi Abdillah Muhammad al-Jiyani, serta Abu Qassim Muhammad al-Qasir. Ibnu Khaldun atau juga dikenali sebagai Wali al-Din (penjaga agama) banyak memberikan jasa dalam bidang politik kerana beliau telah berkecimpung dalam bidang politik serta pemerintahan selama 25 tahun dibeberapa buah negara seperti di Tunisia, Maghribi dan juga Andalus sehingga tahun 138H. Sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam politik boleh dilihat dalam tulisan kitabnya yang terkenal iaitu al-Muqaddimah, iaitu sebuah kitab di mana beliau banyak memberikan pandangan mengenai Khalifah Abbasiyah. Namun begitu, idea beliau di dalam buku tersebut masih sesuai dan relevan untuk digunakan sehingga ke hari ini. Melalui kitabnya itu juga, beliau telah menerangkan akan kepentingan fungsi rakyat dengan pemerintah khususnya dalam membentuk kelestarian politik sesebuah negara yang turut dibincangkan dari sudut fizikal dan juga rohani.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahadi, Mohd Hidayat
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Ibnu Khaldun, politik kenegaraan, Madani
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94042
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94042.pdf] Text
94042.pdf

Download (1MB)

ID Number

94042

Indexing

Statistic

Statistic details