Laporan Tahunan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM

Wan Chin, Wan Rohani (2024) Laporan Tahunan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM. Annual Report. Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Puncak Alam, Selangor. (Submitted)

Abstract

Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak merupakan salah satu perpustakaan UiTM yang baharu diwujudkan pada tahun 2021. Permulaan pengoperasian perpustakaan ini dikendalikan oleh seorang Pustakawan dan empat (4) orang Kerani Perpustakaan. Pelbagai inisiatif telah diambil dalam memastikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dapat disampaikan dengan baik dan lancar kepada pengguna perpustakaan. Pembangunan koleksi perpustakaan berkembang baik dengan permulaan hanya dalam tiga ratus (300) naskhah pada tahun 2021 meningkat kepada dua ribu (2,000) koleksi pada tahun 2024 dan dijangkakan meningkat seiring dengan pertambahan tahun. Perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) tidak terhad kepada di dalam perpustakaan sahaja tetapi di jabatan-jabatan dan klinik-klinik pakar yang bersesuaian selaras dengan sasaran perpustakaan untuk meningkatkan ketampakan perpustakaan dalam galakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan komuniti terutamanya. Stakeholder perpustakaan bukan sahaja terdiri daripada staf dan pelajar UiTM tetapi pesakit, waris pesakit, pelawat dan orang awam. Perpustakaan dengan keluasan 1,174 meter persegi ini menyediakan kemudahan ruang bacaan, bilik perbincangan, bilik mesyuarat, makmal komputer, ruang santai balkoni (outdoor) untuk kegunaan pengguna perpustakaan. Pengharapan tinggi bagi perpustakaan ini untuk meningkatkan ketampakan melalui pelbagai inisiatif jaringan kolaborasi, penambahbaikan kemudahan dan strategi yang berimpak seiring dengan sasaran pencapaian perpustakaan UiTM dan Hospital Al-Sultan Abdullah.

Metadata

Item Type: Monograph (Annual Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Chin, Wan Rohani
rohani4029@uitm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library buildings. Library architecture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam
Journal or Publication Title: Laporan Tahunan PTAR, HASA
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/9394
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Laporan Tahunan PUiTM (HASA).pdf] Text
Laporan Tahunan PUiTM (HASA).pdf - Published Version

Download (12MB)

ID Number

9394

Indexing

Statistic

Statistic details