Walking around improvement keys (WalkS) / Redzuan Jantan and Yong Kwai Ying

Jantan, Redzuan and Yong, Kwai Ying (2019) Walking around improvement keys (WalkS) / Redzuan Jantan and Yong Kwai Ying. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 12. ISBN 9789670314716

Abstract

Konsep pemantauan sekolah untuk melihat persekitaran sekolah seringkali tidak berkesan kerana tiada rekod dan data yang boleh dijadikan rujukan untuk tujuan penambahbaikan. Inovasi WalkS membantu pemimpin sekolah mencatat dan memprosese data pemantauan dengan sistematik. Instrumen WalkS melibatkan penyeliaan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah. Elemen PdPc yang menjadi fokus kajian ini terdiri daripada papan putih, kemahiran abad 21, susun atur kelas dan melindungi masa instruksional. WalkS juga melibatkan elemen pengurusan sekolah yang lain iaitu penyeliaan persekitaran sekolah, kantin dan pengawal keselamatan. Hasil kajian menunjukkan WalkS membantu pemimpin sekolah mengoptimunkan data dalam pengurusan sekolah. Dengan ini program penambahbaikan dapat dirancang dengan berasaskan data. Data WalkS telah dianalisis dengan analisis jurang yang berbentuk peratus. Laporan analisis jurang bulan Januari dapat mengenalpasti 6 masalah dalam PdPc iaitu kreativiti, pemikiran kritis, guru menulis objektif pembelajaran, kriteria kejayaan, guru menulis nama murid dan hasil kerja murid. Maklumat ini penting untuk mengenalpasti isu yang perlu diberi keutamaan dalam merancang program penambahbaikan. Dapatan pada bulan April menunjukkan jurang terbesar telah diatasi melalui program intervensi di peringkat sekolah. Berlaku peningkatan yang ketara pada setiap elemen yang dipantau menggunakan instrumen ini. Pelaksanaan WalkS telah membantu meningkatkan empowerment dan self-esteem dalam kalangan pemimpin sekolah. WalkS mendorong tindakan secara bersama, penurunan kuasa dan perkongsian dalam kalangan pemimpin sekolah. Instrumen WalkS mempunyai nilai komersial yang tinggi di mana dapat memberi manfaat kepada pengurusan sekolah. WalkS adalah praktikal dan memenuhi keperluan pemimpin sekolah untuk mengurus sekolah.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jantan, Redzuan
redzuanj@iab.edu.my
Yong, Kwai Ying
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 12
Keywords: Inovasi, sekolah, pengurusan, pelajar
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/93087
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 93087.pdf] Text
93087.pdf

Download (2MB)

ID Number

93087

Indexing

Statistic

Statistic details