Penetapan hak penjagaan anak berdasarkan kemahuan kanak-kanak: analisis pendekatan mahkamah syariah di negeri Selangor / Shanizah Ngatiman

Ngatiman, Shanizah (2018) Penetapan hak penjagaan anak berdasarkan kemahuan kanak-kanak: analisis pendekatan mahkamah syariah di negeri Selangor / Shanizah Ngatiman. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Seksyen 82(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, menyebut bahawa penjagaan kanak-kanak yang belum mencapai usia kecerdikan (mumayyiz) diberikan keutamaan kepada ibu selagi ibu tidak hilang kelayakan sebagaimana peruntukan seksyen 84 Enakmen yang sama. Tetapi apabila anak tersebut telah mencapai tahap mumayyiz, seksyen 85(2) menyatakan bahawa hakim
Syarie boleh bertanyakan pendapat kanak-kanak dengan siapa mereka ingin tinggal dengan mengambil kira kebajikan anak tersebut. Namun begitu, undang-undang tidak menggariskan bagaimana hakim Syarie perlu melihat dan apakah cara persoalan diajukan kepada anak-anak. Bahkan bagaimana pandangan kanak-kanak perlu diambil kira oleh mahkamah juga tidak diperuntukkan. Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu
Mengenai Hak Kanak-kanak (United Nation Convention on the Rights of the Child) (UNCRC) 1989 telah memperuntukkan artikel 12 bahawa semua pihak hendaklah menjaga dan menghormati hak asasi kanak-kanak dengan mengambil kira pandangan
dan kehendak kanak-kanak termasuk dalam perkara penentuan penjagaan bagi kanakkanak. Kajian undang-undang kualitatif ini mengkaji dan menganalisa sebanyak 166 fail antara tahun 2011 sehingga 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam penetapan penjagaan kanak-kanak mumayyiz semasa mendapatkan pandangan kanak-kanak di dalam prosiding kes penjagaan anak. Hasil kajian mendapati pendekatan
yang dilakukan oleh para hakim Syarie adalah berbeza-beza. Ada hakim Syarie yang mendengar dan tidak mendengar pendapat kanak-kanak. Penilaian keadaan psikologi anak ketika membuat pilihan juga tidak dilakukan. Manakala dalam kes yang diselesaikan dalam majlis Sulh pendapat anak mumayyiz tidak didengar langsung. Kajian ini mencadangkan agar diwujudkan satu panduan dalam proses pilihan anak
dan pendedahan hakim Syarie kepada kemahiran psikologi kanak-kanak, undangundang dan triti antarabangsa agar hak kanak-kanak dan kebajikan mereka dapat dipelihara.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ngatiman, Shanizah
2014219798
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Muhammad Hashim, Nurhidayah
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master Contemporary Islamic Studies
Keywords: Hak asasi kanak-kanak
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92864
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92864.pdf] Text
92864.pdf

Download (226kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

92864

Indexing

Statistic

Statistic details