Nilai seni kraf jebak puyuh / Balqis Mohd Bahrudin ... [et al.]

Mohd Bahrudin, Balqis and Musrahimin, NurNabila and Mustafha, Nurul Najibah and Wan Abdullah, Wan Abdul Malek and Nik Ariffin, Nik Azliza and Kamarudin, Hanis Diyana (2022) Nilai seni kraf jebak puyuh / Balqis Mohd Bahrudin ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 6 (2). pp. 84-105. ISSN 2600-7088
Abstract

Seni kraf tangan melayu merupakan salah satu khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Kraf tangan melambangkan ketamadunan bangsa dan juga maruah bangsa melayu yang melambangkan identiti kemelayuan yang ada pada seseorang individu. Kraf Jebak Puyuh adalah salah satu contoh kraf yang mempunyai nilainya yang tersendiri dan merupakan antara kraf paling popular di Kelantan. Malangnya, kraf ini semakin dipinggirkan oleh generasi muda pada masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendokumentasikan warisan ini supaya warisan ini kekal pada masa akan dating. Pada awalnya, Jebak Puyuh ini digunakan untuk memerangkap burung puyuh tetapi sekarang ia digunakan sebagai perhiasan di dalam rumah kerana bentuk nya yang unik dan cantik. Kraf Jebak Puyuh ini masih lagi diusahakan oleh generasi lama iaitu Che Mud Che Awang seorang Adiguru tersohor yang berasal dari Kampung Telaga Bata, Tumpat Kelantan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92642.pdf]
Text
92642.pdf
Download (629kB)
Indexing & Metrics