Abstract
Artikel ini membincangkan tentang keperibadian seorang tokoh alumni yang banyak jasanya di dalam bidang pengurusan maklumat. Beliau juga merupakan seorang perintis dan pelopor dalam bidang pengurusan maklumat di Malaysia. Tokoh alumni yang dimaksudkan ialah Prof Dato’ Dr. Hj Raja Abdullah Raja Yaacob atau lebih dikenali sebagai Pak Ray. Memulakan penglibatan sebagai seorang pelajar ITM, kemudian menjawat jawatan sebagai pustakawan, dan seterusnya menjadi salah seorang tenaga pengajar di Fakutlti Pengurusan Maklumat di UiTM. Beliau bertanggungjwab memperkenalkan Fakulti Pengurusan Maklumat sehingga di kenali di seluruh Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan Dekan selama 8 tahun dan beliau bersara wajib pada tahun 2010. Ketika khidmatnya sebagai Dekan, beliau berjaya menambahkan kemasukan pelajar sehingga 4000 orang, menambahkan bilangan pensyarah dan membuka cawangan FPM di seluruh Malaysia. Pada tahun 2001, beliau telah dianugerahkan penghargaan Dato 'Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji latar belakang tokoh alumni, pengalaman pembelajaran ketika belajar di ITM dan mengenalpasti sumbangan dan harapan tokoh alumni kepada UiTM.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Balsu, Hamzah UNSPECIFIED Basar, Riduan UNSPECIFIED Nik Ariffin, Nik Azliza UNSPECIFIED Mohd Nordin, Nordiana UNSPECIFIED Ahmad, Abdul Rahman UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Personnel. Librarians |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-20 |
Keywords: | Perintis, ITM, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM, Dekan |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92635 |