Nilai estetika dalam seni warisan keris / Anissa Afni Ahmad Shohor ... [et al.]

Ahmad Shohor, Anissa Afni and Che Awang, Anis Suraya and Mat Yatin, Saiful Farik and Nik Ariffin, Nik Azliza and Mat Jali, Jafalizan (2022) Nilai estetika dalam seni warisan keris / Anissa Afni Ahmad Shohor ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 6 (1). pp. 73-100. ISSN 2600-7088
Abstract

Keris adalah salah satu alat persenjataan yang digunakan oleh orang Melayu selain daripada beberapa alat persenjataan lain yang terdapat di Tanah Melayu. Lazimnya, keris dianggap sebagai senjata yang istimewa dan unik oleh pengumpulnya kerana mempunyai pelbagai jenis bentuk dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Untuk menghasilkan sebilah keris, Pandai Besi atau tukang keris perlu bijak mengatur langkah dalam memastikan proses penghasilannya dapat membentuk keris yang menarik dan mendapat sambutan daripada pengumpulnya. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jenis-jenis keris Melayu, proses penghasilan, kaedah pemeliharaan dan adab untuk menguruskan keris. Kaedah temubual dilaksanakan dengan menemubual seorang tokoh yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang seni warisan keris.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92633.pdf]
Text
92633.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics