Kenali Wan Salmah: tokoh seni Terengganu / Nur Izzati Zaidi ... [et al.]

Zaidi, Nur Izzati and Nik Mohamad, Nik Fatin Najihah and Samsudin, Ahmad Zam Hariro and Abd Kadir, Irwan Kamaruddin (2022) Kenali Wan Salmah: tokoh seni Terengganu / Nur Izzati Zaidi ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 6 (1). pp. 29-45. ISSN 2600-7088

Abstract

Wan Salmah Wan Sulaiman, penyanyi asal lagu rakyat iaitu Ulek Mayang dianugerahkan sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Terengganu bagi tahun 2016. Beliau adalah seorang tokoh yang bergiat aktif dalam bidang seni dan kebudayaan di Terengganu bermula sejak tahun 1950-an hingga kini. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Tiong, Kuala Terengganu. Beliau sangat aktif dalam pelbagai aktiviti-aktiviti seni, antaranya dalam bidang seni tarian gamelan, seni lakonan, seni suara dan juga bacaan syair. Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam seni tarian gamelan telah melonjakkan nama beliau dan mulai dikenali ramai. Beliau juga melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan juga tidak rasmi. Penglibatan beliau bukan sahaja pada peringkat nasional malahan telah melibatkan diri sehingga ke peringkat antarabangsa. Oleh kerana minat dan sayangkan seni warisan yang mendalam, beliau masih mengorak langkah dalam bidang ini dengan keikhlasan hati bagi memastikan kelangsungan seni ini. Kajian ini dilakukan untuk merungkai latar belakang tokoh, mengkaji penglibatan tokoh dalam bidang seni budaya dan mengenalpasti pencapaian serta cabaran tokoh dalam bidang ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zaidi, Nur Izzati
UNSPECIFIED
Nik Mohamad, Nik Fatin Najihah
UNSPECIFIED
Samsudin, Ahmad Zam Hariro
UNSPECIFIED
Abd Kadir, Irwan Kamaruddin
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance
H Social Sciences > HM Sociology > Culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 29-45
Keywords: Tarian Gamelan, seni, kebudayaan, nasional, antarabangsa
Date: April 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92629
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92629.pdf] Text
92629.pdf

Download (1MB)

ID Number

92629

Indexing

Statistic

Statistic details