Abstract
Artikel ini membincangkan perkembangan dan pembuatan Gasing Uri di Kelantan. Kajian mengenai Gasing Uri ini telah mendedahkan penyelidik kepada beberapa perkara penting tentang Gasing Uri. Dalam kupasan ini, penulis juga akan menceritakan selok belok asal-usul dan adat kepercayaan tradisional Gasing Uri yang menarik minat orang ramai ke peringkat kebangsaan. Bukan itu sahaja, perolehan dari kajian ini dapat mengetahui kaedah dan cara pembuatan Gasing Uri yang mencuri perhatian dan semakin popular di Kelantan. Dalam masa yang sama, penyelidik juga dapat merungkai permasalahan mengenai pengekalan warisan budaya dari keunikan Gasing Uri ini pada zaman arus perdana yang semakin moden. Akhir sekali, pengkaji juga dapat mempelajari nilai-nilai kesenian yang ada dalam permainan Gasing Uri Kelantan. Artikel ini menggunakan pendekatan sesi temubual bersama tokoh yang berpengalaman dalam bidang ini yang merupakan seorang pemain dan pembuat Gasing Uri yang amat dikenali di negeri serambi Mekah serta di seluruh negara Malaysia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah Suhaimi, Nur Atiqah UNSPECIFIED Ahmad, Abdul Rahman UNSPECIFIED Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 178-200 |
Keywords: | Gasing Uri, keunikan, permainan tradisional, seni warisan, nilai-nilai kesenian |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92529 |