Abstract
Tanjak merupakan salah satu perhiasan kepala warisan Melayu yang digunakan sebagai penutup kepala oleh orang Melayu lelaki pada zaman dahulu. Antara nama lain bagi tanjak ialah tengkolok, destar, justar dan semutar yang membawa fungsi yang sama iaitu perhiasan kepala. Namun, setiap perhiasan kepala in mempunyai asal usul nama yang berlainan. Tanjak ini merupakan salah satu busana pada bahagian kepala yang sering dikaitkan dengan kepahlawanan dan juga sering dikaitkan dengan acara adat istiadat bangsa Melayu. Artikel ini menggariskan tentang cara-cara pembuatan tanjak yang betul mengikut keaslian tanjak warisan Melayu. Kajian ini juga akan mengkaji pemasaran yang digunakan oleh tokoh dalam memasarkan tanjak yang telah dihasilkan. Selain itu, penerangan tentang pemakaian tanjak itu juga akan dibincangkan di dalam artikel ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan salah satu kaedah kualitatif iaitu dengan menemu bual seorang tokoh yang merupakan seorang pengarang tanjak.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Alias, Siti Nur Aini UNSPECIFIED Khalil, Nurul Huda UNSPECIFIED Azman, Kamarul Azwan UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 163-177 |
Keywords: | Tanjak, perhiasan kepala, Warisan Melayu, simpulan, negeri. |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92527 |