Che Siti Wan Kembang: songket seni tenun warisan / Nasha Sharieyna Dzulkarnain ... [et al.]

Dzulkarnain, Nasha Sharieyna and Asmadi, Nur Irash Najiehah and Wan Mohd Saman, Wan Satirah and Ahmad, Mohd Nazir (2021) Che Siti Wan Kembang: songket seni tenun warisan / Nasha Sharieyna Dzulkarnain ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 121-139. ISSN 2600-7088
Abstract

Malaysia memiliki warisan kesenian dan kebudayaan tersendiri yang melambangkan identiti budaya dan bangsa Negara. Antara seni budaya yang masih lagi wujud dan dimartabatkan di Malaysia ialah Songket. Songket merupakan warisan Melayu sejak turun temurun. Songket merupakan seni warisan budaya yang sangat istimewa. Kesenian Songket ini digambarkan dengan wujudnya jenis motif dan corak yang digunakan dalam penghasilan songket tenun warisan. Walaupun songket dikenali di setiap lapisan masyarakat, namun proses penghasilannya jarang diketahui oleh masyarakat umum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menelusuri proses pembuatan serta rekaan corak dan motif yang digunakan dalam tenunan tersebut, agar dapat diketahui masyarakat umum. Walaupun songket dihasilkan di beberapa negeri pantai timur, kajian ini menumpukan kepada pembuatan songket Kelantan. Keharmonian dan keseimbangan motif dan corak dalam gaya hiasan yang disusun dalam kain tenunan songket telah menjadikan songket Kelantan unik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92505.pdf]
Text
92505.pdf
Download (792kB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations